Wednesday, October 28, 2009

al - MuALLiM

Skrg ni, kat tangan aku ada notes dan past year questions KFT 331.. Aku rasa dah lama kertas2 ni kat tgn aku, TAPI....... kenapa satu soklan pun blum mampu dijawab......?? Baca nota kuliah pun x faham.. huk2. Ni yg buat aku rasa mcam nak menjerit sekuat hati.

Sem ni aku hanya mengambil tiga paper dan projek tahun akhir. Alhamdulillah, projek tahun akhir dah selesai, cuma nak tunggu viva 23 aribulan 11 ni. Syukur apabila report final telah dihantar pada 12 aribulan yg lalu. Selesai je tandatangan masa antar report kat meja Kak Hawa, aku rasa mcm mahu menangis kerana terharu dan sedikit tidak percaya. Segala penat lelah dan pahit jerih yg dilalui sepanjang satu tahun akhirnya berpenghujung. Betapa lega hati ini hanya Tuhan yg tahu.

Walaupun hanya tiga paper, aku merasa final exam kali ini tetap berat bagi diriku. Ketiga-tiganya merupakan paper teras. Tambah lagi si killer paper KFT 331. Bak kata lecturer aku, setiap tahun mesti ada student yg sangkut ngan paper ni. Pernah jgk sblm ni smpai 60% student yg amik paper ni x lulus. Huh! Kecut perut bila aku memikirkannya.

Sem ini merupakan sem akhir bagiku dan bererti kali terakhir aku menduduki final exam di USM ini. Memanglah hati ini rasa x sabar2 nak habis, namun apa yg memberikan tekanan ialah aku perlu mendapatkan gred tertentu untuk subjek2 tersebut supaya aku dapat mencapai targetku. Selepas ni, insyaAllah kalau ada rezeki aku ingin menjadi seorang guru. Alhamdulillah, ibu bapa ku memberikan sokongan 100% dan mereka juga sbnrnya teramat sangat mahu aku menjadi seorang pendidik. Bak kata ibuku, dia memang suka kalau anak2 perempuannya menjadi cikgu. Antara sebabnya, cikgu ni byk cuti. InsyaAllah klu dah berkeluarga nanti, byk masa untuk keluarga (cikgu skolah rendah la biasanya yg byk cuti ni).

Bagi aku, guru merupakan insan yg penting dalam hidup seseorang hamba Allah itu slps ibubapanya kerana mereka turut terlibat dalam pembentukan peribadi seseorang murid. Didikan dan ilmu yg kita curahkan terhadap mereka, walaupun sedikit mungkin mampu mengubah hidup mereka. Yg penting, jadilah guru yg ikhlas mendidik anak bangsa dan agama. Bapa ku juga selalu berpesan, bila dah jadi pendidik, jgn lupa didikan yg utama. Basic agama perlu ditanam dahulu. X kiralah awak jadi cikgu sains pun, dlm masa yg sama awak juga seorang ustazah. Walau di mana berada, x patut lupa tanggungjawab dakwah. Macamana cara tu kene kreatif la. Budak2...., mereka senang menerima pada umur yg sebegitu. Gulp, membuatkan aku tertelan air liur. Tersedar aku akan tanggungjawab berat yg menanti.

Memanglah dalam hati ada cita2 untuk menyambung pengajianku, namun x salah kalau aku bekerja terlebih dahulu. Sekurang2nya, ringanlah sedikit beban yg ditanggung kedua ibu bapaku. Lagipun, mereka sudah beria-ia berusaha mencari jalan supaya aku dapat manjadi pendidik. Pada mulanya pun, aku x terfikir nak jadi guru. Apapun, aku berdoa pada Allah supaya Dia menunjukkan dan melorongkan langkahku ke jalan yg terbaik buat diriku, keluargaku, saudara seIslamku dan kehidupan dunia & akhiratku.

Aku mmg camni. Klu dah x larat nak studi tu mmg x leh nak paksa dah. Buatlah camane pun. Tu yg x de keje, cari keje p menulih plak. Silap2 kejap lg atas katil duduknya aku ni. Apapun, perjuangan masih blum selesai. Esok masih ada.. Moga2 dengan bermulanya hari baru esok pagi, semangat juga diperbaharui..hehe. KFT, kau tunggu aku!!!

NOtes : Good luck eh buat sahabat2ku yg tercinteee, especially Daya n Syida.. hehe

Tuesday, September 15, 2009

BuKaN KaSUt RaYa




Seminggu yg lepas, aku jenjalan ngan seorang sahabat di tapak jualan hari raya berhampiran dewan budaya. Setiap gerai kami lawati, tapi x beli apa pun. Tengok2 je...huhu.


Tiba kat satu gerai kasut, aku tetarik kat sepasang kasut getah berwarna putih pink.. ehem2 - my favourite colour tu. Apa lagi, aku pun beli. Nasib baik harga dia murah je - RM10..huhu.


Dah ada kasut baru, hari2 aku pakai kasut ni pegi lab. Itulah tujuan aku beli pun. Kebetulan kasut yg lama dah haus sedikit tapaknya akibat hari2 dipakai untuk pergi lab.


Apa yg aku nak cerita kat sini, setiap kali aku memakai kasut tu, ada sahaja orang yg memujinya.. :


Roomate - "Ehhhh, cutenya kasut tu... Kasut baru eh?"


Syida - "Weh, comel kasut ko.."


Daya - "Qilah! comelnya kasut. Beli kat ne tu...?


Aim - "Qilah! comel la kasut hang tue..."


Sekumpulan student kat skul kimia - "Weh korang! Tengok kasut ni.. Comell gila"

"Ha'ah la wei, cutenyaaa...."

Waktu tu aku masuk bilik sumber kat skul dan kene tanggal kasut. Aku tergelak apabila diorang cakap mcm tu coz waktu tu aku ada je kat sebelah tu, cuma diorang x perasan dan maybe x tahu yg kasut tu kasut aku. Aku x sure sama ada diorang try2 kasut aku or x sbb bila aku kluar, aku nampak kasut tu dah berubah tmpat. huhu...


Moral of the story : Bkn aku je yg suka, sume prmpuan kat dunia ni akan tertarik pada benda yg cantik. Percayalah, klu x byk, sket2 tu mesti ada jgk suka. Cuma yg membezakan ialah citarasa masing2.. Yg penting, cantik!


Friday, September 11, 2009

SaMPai SErU

Lepas seorang, seorang, sahabat2 ku bertanya tentang solat istikharah. Ada yg menelefon, menghantar pesanan ringkas, dan ada juga yg bertanya 'face to face' sewaktu kami kebetulan berjumpa. Ehem2, ada pape ke ni.... Kalau ada, alhamdulillah dan sebagai seorang sahabat, aku turut mendoakan yg terbaik menjadi milik masing2.

Bila aku bertanya, semua malu2 nak jawab. Especially sahabat yg bertanya 'face to face' coz aku bleh tengok muka dia yg mula merah padam. :n3sl0_26: X pe kawan, it's ok. Normal lah jika gadis seusia kita ni mula memikirkan soal teman hidup dengan harapan hubungan yg terjalin akan diikat dengan ikatan nikah yg suci tidak lama lagi. Tambahan pula korang dah abis blaja, dah dpt keje pun (x kiralah sementara or tetap), yg penting aku tahu masing2 sudah bersedia mahu menempuh alam itu.

Aku mengaku bhw diriku bukanlah hebat sgt, tahu semua benda. TIDAK! Malah, terlalu byk perkara yg aku masih belum tahu. Iman juga masih belum mantap. Cuma, kalau org dah bertanya, aku jawab je la sekadar yg aku tahu walaupun ada di antara sahabat yg bertanya tu lebih alim. Aku tahu, mereka bkn x tahu, cuma mgkn ingin bersembang dan bermanja2 dgn aku, btul x?? Hahahaha.. Lepas tu, mulalah meminta nasihat itu dan ini sedangkan aku bukanlah orang yg berpengalaman dgn benda2 camni. Xpe lah, apa yg aku bleh bantu, aku bantu sbb nanti bila tiba masa, aku plak nak mntk bantuan korang.. huhu

Kawan2 tau kan apa tu solat sunat istikharah. Ia bermaksud pemilihan iaitu kita melakukan solat sambil memohon kepada Allah supaya memberi petunjuk dan memilihkan yg terbaik untuk diri kita. Ia bukan terhad dalam soal memilih jodoh sahaja, sebaliknya setiap perbuatan kita sama ada nak cari kerja, ke mana hala tuju kita selepas habis belajar dan lebih penting kita memang sentiasa memerlukan petunjuk Allah dalam menjalani kehidupan. Pakar motivasi juga menyarankan kita supaya mengamalkan solat sunat istikharah ni waktu dekat2 nak exam. Kalau rasa buntu, eloklah lakukan solat sunat ni supaya pilihan yg dibuat kelak berlandaskan petunjukNya (dgn izin Allah).

Mgkn aku bleh kongsi doa yg diambil sebijik dari buku panduan solat sunat. Namun, x semestinya kita kene baca solid macam ni. Kita bleh tambah. Dalam bahasa Melayu pun Allah bleh faham apa yg kita hajatkan.

"Ya Allah! Aku mohon pemilihan Mu menerusi pengetahuan Mu dan aku mohon kekuatan Mu menerusi kudrat Mu, serta aku minta pada Mu sebahagian dari limpah kurnia Mu yang amat besar. Sesungguhnya, Engkau amat berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa, Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan sesungguhnya Engkau amat mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah! Kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini adalah baik bagiku dalam urusan agamaku, juga urusan penghidupanku serta natijah pada urusan ku, kini dan akan datang, maka tetapkanlah ia bagiku dan permudahkanlah ia untukku, serta berkatilah daku padanya. Dan kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini membawa kejahatan kepadaku dalam urusan agamaku, juga dalam urusan penghidupanku dan natijah urusanku, kini dan akan datang, maka elakkanlah ia dariku dan tetapkanlah kebaikan untukku sebagaimana sepatutnya, kemudian jadikanlah daku meredhainya." Ameen..

K, semoga ada manfaat yg bleh diambil. Kpd sahabat2ku, klu ada pape nak diluahkan, aku sedia mendengar. Namun, aku bukanlah pilihan terbaik klu korang perlukan nasihat or pandangan, lbih baik tanya kat org yg lebih berpengalaman dan alim.

Semoga kita semua bertemu jodoh terbaik pilihan Allah. Kalau ada apa2 perkembangan misalnya nak kawen dah ke, jgn lupa bagitau k.. Doa2 kan jgk org di sini ya..hehe:n3sl0_34:






Thursday, September 10, 2009

It'S a LiFe oF TeST



Hey Brother
Won't You Listen To Me
You are My Brother So Listen Carefully

This Life That We are Living
Wasn't Made For Nothing
Life Is A Test From Allah Almighty

There Are Many Times
When Allah Will Test You
To See If You Will Obey Or Betray

This Life Is A Life Of Test
Need Patience For Success
So Is Your Iman Strong Enough
Or Would You Fail Just Like The Rest

Obey For Allahs Love
Betray Be Sorry For Yourself
When You are Standing Helpless There
In Front Allah The Almighty

This Life Is A Life Of Test...Believe It
You Must Strengthen Your Faith...Hey Brother
And Dont You Fail Like Others

Hey Brother
Whats There For You To Say
Its Up To You If You Want To Believe Me

Allah Created Us
Give Us Everything
So Be Grateful And Dont Betray

Laugh At Me If You Wish
Say I'm Crazy If You Want
You'll Bite You Your Fingers One day
When You Find Out The Truth

Believe Me Or Do Not
Its A Change For You To Choose
Just Don't You Cry One Day
When Its Already Too Late

You Would Be Sorry
If You Choose To Betray
There Is No One There To Help You

If You'ld Follow Allahs Way
You'ld Be Safe In Paradise
If You'ld Listen To Me
I Could Lay My Mind To Rest

You'ld Then Be Happy
There Is No Need To Worry
You Would Live Forever Happy

You Would Be Happy
If You Just Follow Allahs Way...


It's a Life of test : Brothers


Notes : Be patient ok... It is normal if u find difficult about something in ur life. The important thing is never give up and be positive. Make Allah always within ur soul...


:n3sl0_06:



Friday, September 4, 2009

ShaD... bA... Ra' = SaBaR

Sabar..............

Perkataan yg menggambarkan diri aku skrg..

Maksudnya, aku perlu byk bersabar. Sabar menghadapi tekanan yg melanda. Kadang2 memang stress dibuatnya.. Banyak tanda yg menunjukkan aku berada dlm keadaan sedikit tertekan akhir2 ini. Apa yg boleh dibuat ialah bersabar dan memohon kpdNya moga dpermudahkan segala urusan selain diberi kekuatan menempuhi segala ujian.

Skrg ini aku sedang berjuang dgn projek tahun akhirku. Dek kerana itu, setiap hari aku perlu duduk di lab. Kadang2 dari pagi sampailah ke lewat petang baru pulang. Penat badan tak payah cerita la.. Waktu cuti juga aku tidak pulang ke rumah kerana ingin menyelesaikan kajian ku. Kajian yang aku jalankan adalah mengenai perencat pengaratan daripada chitosan, iaitu bahan yang berasal daripada kulit ketam dan udang. Chitosan tersebut perlulah disintesis menjadi carboxymethyl chitosan (CMC) terlebih dahulu yang mengambil masa satu sem untuk aku mendapatkan 'desire product'nya. Produk (CMC) yg dihasilkan haruslah mempunyai ciri2 boleh larut dalam air dengan pH 1 hingga pH 10 di samping membuat FTIR (infrared spectrum) analysis untuk setiap CMC yg berjaya disintesis. Proses sintesis CMC tidaklah mengambil masa yg lama, cuma untuk mendapatkan CMC yg menepati ciri2 di atas itulah yg susah. Bermakna, jika CMC berjaya disintesis, tidak semestinya ia adalah desire product. So, kene ulang balik sampailah dapat produk seperti yg dicirikan. Namun, alhamdulillah semua proses synthesis dan characterization itu telah berlalu dan CMC yg baik berjaya dihasilkan.:n3sl0_45:

Untuk sem yg ke-2 ini, aku sedang meneruskan kajian mengenai corrosion part dan byk analisis yg perlu dilakukan. Antaranya weight loss measurement, electrochemical measurement yg terdiri drpd potentiodynamic polarization dan EIS. Aku juga perlu memasukkan surface analysis melalui SEM (ada kat school Bio je benda ni), XRF (ada kat arkeologi) dan setelah selesai semua itu, barulah aku ingin menumpukan pada thesis.

Aku menjangkakan projek ku ini boleh siap dalam mggu ini. Namun inilah yang dikatakan dugaan buat diriku. EIS masih blum dpt diselesaikan disebabkan masalah teknikal yg berlaku scr tiba2. Sblm ni ok je, time aku nk guna plak dia rosak. Ish2.. Begitu jgk XRF yg ada kat pusat arkeologi tidak dapat dilakukan kerana pengendali mesin tersebut sdg melakukan kerja lapangan sehingga akhir tahun ini. :n3sl0_69: Lebih menguji aku, supervisor aku telah menambah kerja aku di saat akhir. Kali ini, Dr suruh aku buat weight loss measurement dengan suhu sebagai variable. Keputusan sebelum ini menunjukkan 50 ppm merupakan kepekatan yg dapat memberikan bacaan terbaik. Bermakna, aku memilih 5 suhu yg berlainan utk 50 ppm CMC di dlm sulfurik asid sebagai kajian lanjutan bagi meneliti kadar pengaratan yg berlaku.

Slps menentukan suhu mana yg dpt memberikan bacaan terbaik, sekali lg aku perlu menggunakan PDF dan EIS. Aku sndiri x pasti sempat tidak aku nk lakukan semua tu memandangkan masa yg tggl hanya sebulan je lg. Namun, jauh di lubuk hati, aku tidak pernah menyalahkan Dr yg sangat baik orangnya bagi aku. Aku tahu tindakannya itu mungkin untuk kebaikan diri aku jgk. Cuma, yg membuatkan emosi ku sedikit terganggu disebabkan bebanan kerja yg banyak tadi bercampur dengan kondisi peribadi yang mungkin tidak stabil pada masa ini. Tak tahulah, sukar untuk diluahkan di sini. Biarlah ia terpendam di hati saja..

Kepada rakan2 seperjuangan ku yg seramai 30 orang, iaitu pelajar Kimia tahun empat yang start buat FYP sem lepas, moga kita semua berjaya menyiapkan projek masing2. Jgn lupa 12.10.2009 merupakan tarikh akhir penghantaran report. Dan buat semua rakan2 yg meng'extend'kan diri, jumlah kita ni agak ramai rupanya. Setelah saya dan seorang rakan cuba meneliti, klu tak silap hampir separuh student Kimia batch kita yg extend. Yg amik projek sem lps je dh 30 org blum cmpur yg lain2..huhu. Bak kata seorang kakak kat HEP yg klu tak silap ex-student kimia, "sonok ya extend beramai2", katanya sambil memberikan senyuman yg penuh makna. Faham2 je lah, bdk kimia kan suka meng'extend'kan diri....

Cerita ini hanyalah sekadar luahan rasa. Tidak pernah ada niat untuk menyalahkan sesiapa terhadap apa sahaja yg menimpa diri ku. Aku juga hanyalah insan biasa.....

Wallahua'lam..